Fizrie Azhan

Fizrie Azhan studied sculpture and fine arts at Institute Teknologi Mara Universiti. He has since exhibited his work at Tapak Gallery, Shah Alam Gallery, Publika, and The Art People Gallery.

Artist Statement (Available in Bahasa Malaysia only)

Sekurang-kurangnya bumi ini dilitupi sebanyak 71% dengan lautan . Lautan yang begitu luas, penuh rahsia untuk kita gambarkan. Lautan ini saya jadikan sebagai metafora kepada kehidupan seseorang itu. Awalan kehidupan berbeza, perjalanannya berbeza, pengakhirannya berbeza tetapi hanya untuk bertemu dengan tuhan yang satu(Allah) .

Keadaan lautan telah diceritakan di dalam Al Quran ,disitulah tempat mencari rezeki, terbelahnya air masin dan air tawar, dasar laut yang gelap penuh rahsia tidak dapat di rungkai lagi.

Dalam surah An Nahl ayat 14,

"Dan Dialah Allah yang menundukkan lautan (untukmu) agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar, dan kamu mengeluarkan dari lautan perhiasan yang kami pakai. Kamu melihat bahtera berlayar padanya, dan supaya kamu mencari (keuntungan) dari karunia-Nya supaya kamu bersyukur"

Surah Al Nur 40

"Atau seperti gelap gulita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula), di atasnya (lagi) awan; gelap gulita yang tindih-bertindih, apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya, (dan) barangsiapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun."